k o n v o k e s y e n (part 1)
11 ogos…. tarikh keramat bagi aku ngan kawan2 aku…..
cont……

Lupa tarikh lahir islam anda ?
http://www.islam.com/islamicdates.asp
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Nama ‘MUHAMMAD‘ seolah-olah kunci segala ilmu pengatahuan dan maklumat. Apabila terlupa sesuatu perkara, ilmu, maklumat atau fakta; berselawatlah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. beberapa kali dengan khusyuk. Insya’Allah anda segera dapat mengingatkan kembali perkara yang diperlukan. Amalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua, lebai-lebai dan ustaz-ustaz.
Umpamanya, anda terlupa nama jalan, nama kenalan, lupa fakta di dalam dewan peperiksaan atau lupa di mana anda telah meletakkan sesuatu barang, maka anda bolehlah menggunakan petua ini. Ia diibaratkan seperti komputer yang menganalisa, mencari dan mengeluarkan kembali maklumat yang pernah disimpan olehnya.
Rasullullah bersabda," Sesiapa yang hendak menceritakan sesuatu (hadis atau sebagainya) lalu terlupa, maka hendaklah dia berselawat kepadaku. Sesungguhnya berselawat kepadaku (ada kekuatan kerohanian yang) boleh mengingatkan hadis (dan sebagainya. Semoga dia akan teringat."
Benteng senipis kulit bawang,
tanpa asas yang kukuh,
runtuh!!!! roboh!!!!
Minda letak di lutut,
jasad dibiar hanyut,
iman dicampak ke laut,
fikiran jadi kusut.
YA RABBI… …
hamba ini merayu,
bantulah aku,
berjalan pada landasan redha-Mu,
tersesat ada cahaya yang menyuluh,
terjatuh ada tangan yang menyambut,
Mataku jadi buta, akal jadi beku,
bila suara iblis bersatu, dosa itu milikku… ..
andai pintu taubat terbuka,
izinkan aku memasukinya… .
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.
Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.
Itu saja yang membezakan.
Dr H.M.Tuah
Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata
Tegakkan hukum Allah di muka bumi…
Seorang saintis Perancis Dr. Jean Pierre Atoire seorang pakar saikologi dari Univerity of Marseilles telah mengkaji hampir lebih 20 tahun mengenai kejadian jenayah mencuri , merompak dan meragut. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 1000 pesalah jenayah merompak, mencuri dan meragut dan mendapati lebih 95% peratus penjenayah berkenaan akan kembali melakukan jenayah yang serupa sebaik sahaja mereka dibebaskan daripada penjara.
Dr. Atoire mendapati kebanyakkan penjenayah ini melakukan jenayah-jenayah tersebut bukan kerana mereka sukakan aktiviti sedemikian, tetapi adalah kerana ketagihan melakukan aktiviti tersebut. Mereka yang biasa melakukan rompakan, mencuri dan ragut ini, sel-sel dalam otak mereka akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil “critiennef” yang mengakibat tangan-tangan mereka sentiasa mengarahkan otak-otak mereka melakukan jenayah tersebut.
Apabila ditanya kepada 1000 pesalah tersebut apakah ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan ketagihan ini, hampir 85% peratus responden menjawab ialah mereka mahukan tangan mereka dipotong .
Cerita diatas adalah rekaan semata-mata sebagai iktibar kepada kita umat Islam. Umat Islam sekarang ini hanya akan kembali kepada hukum Allah setelah mereka mendengar hasil kajian daripada pakar-pakar bukan Islam setelah dibuktikan secara saintifik. Mereka banyak berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Hadith hanya semata-mata mengatakan ianya ketinggalan zaman, tidak sesuai pada zaman ini. Tetapi apabila orang bukan Islam sendiri yang mengatakan hukum dan perundangan Islam adalah baik setelah dibuat kajian saintifik mereka lebih percaya kepada saintis-saintis tersebut lebih daripada kata-kata yang keluar daripada Rasul saw.
Akan tetapi dibawah ini adalah cerita kajian yang sebenar yang dijumpai oleh seorang saintis Russia, apabila beliau mengatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan rawatan ketagihan arak ialah dengan merotan. Sila rujuk laman web ini http://in.news.yahoo.com/050329/139/2kgn1.html
Mereka yang ketagihan arak di Russia bukannya lari dari hukuman rotan bahkan sanggup membayar sekitar RM 416 agar mereka dirotan antara 30-60 kali untuk menghilangkan ketagihan arak.
Sedangkan dalam Islam hukuman yang dikenakan keatas orang Islam yang ditangkap meminum arak ialah rotan sebanyak 80 kali (harap betulkan jika fakta ini salah).
Marilah kita menghidupkan kembali segala sunnah baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al Quran dan Sunnah hanya kerana taat dan kepercayaan kita kepada Allah, bukannya percaya kita kepada fakta-fakta saintifik semata-mata.
Peringatan buat diriku yang sering lupa… … ..
Adakah kita seorang Islam ? Pernahkah kita terfikir… Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar… apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, bencana Tsunami, timbul pula gejala murtad… Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam ? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin … walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan… Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah… Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia… Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf… Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah… sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian. Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat ? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat … ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan … ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum … ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM, PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, … ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita ? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita… tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI… …
!!!! Siapa kita… . ? Wallahu’alam …
p r a k t i k a l . . . .
hari ini..
saat ini..
hari terakhir ku sini..
menanti noktah dititik..
tak mampu lagi untuk menoleh..
yang pasti untuk dikenang..
langkahnya kaki ini..
meninggalkan seribu kenangan..
kenangan yang tak mampu ku beli..
hanya imbasan memori kembali..
ruang ini menjadi saksi..
bahawa aku disini..
tanpa nyawa tuk ia menikmati..
sekadar setia menemani..
kini aku bebas kembali..
menanti dugaan yang tak pasti..
mungkin ia kebahagian abadi..
untuk ku kecapi sebelum nafas terhenti..